Ford panggil balik 1.5 juta kereta di Amerika Utara - Utusan Malaysia

Ford panggil balik 1.5 juta kereta di Amerika Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 25 Okt. – Ford hari ini mengumumkan memanggil balik kira-kira 1.5 juta kereta sedan Ford Focus bagi mengatasi isu kerosakan pada sistem tangki minyak yang boleh mengakibatkan enjin kenderaan itu mati.

Ford dalam satu kenyataan berkata, langkah melibatkan kereta Ford Focus keluaran 2012 hingga 2018 dengan enjin 2.0 liter bagi menangani masalah injap yang mungkin mengakibatkan kecacatan pada tangki minyak dan bacaan tahap minyak tidak tepat.

“Ini boleh mengakibatkan kenderaan mati semasa dipandu dan kegagalan untuk menghidupkan semula kenderaan yang memungkinkan risiko kemalangan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN