Final Piala Malaysia: Terengganu umum cuti peristiwa Ahad ini - Utusan Malaysia

Final Piala Malaysia: Terengganu umum cuti peristiwa Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad ini sempena kejayaan Terengganu Football Club I (TFC I) mara ke final Piala Malaysia.

Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  cuti peristiwa terbabit bagi memudahkan urusan perjalanan pergi dan pulang   hampir 30,000 penyokong tegar TFC I ke Stadium Shah Alam, Selangor untuk menyaksikan aksi final menentang Perak tersebut pada Sabtu ini.

“Menang atau kalah TFC I pada aksi final tersebut, cuti peristiwa diisytihar untuk seluruh Terengganu pada Ahad ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya harap ia bukan sahaja memudahkan urusan penyokong malah diharap mampu menaikkan semangat pemain TFC I beraksi cemerlang sekali gus membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Terengganu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu hari ini.

TFC I mara ke final buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun selepas menumbangkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan agregat 3-2 pada peringkat separuh akhir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini