Figueroa minta maaf kepada penyokong - Utusan Malaysia

Figueroa minta maaf kepada penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 21 Okt. – Luciano Figueroa memohon maaf daripada penyokong Harimau Selatan selepas pasukannya gagal mempertahankan Piala Malaysia setelah tewas secara dramatik kepada Terengganu FC (TFC) dalam separuh akhir malam tadi.

Johor Darul Ta’zim (JDT), yang ketinggalan dari segi agregat selepas kalah 0-1 dalam separuh akhir pertama di Kuala Terengganu, kelihatan mampu ke perlawanan akhir apabila mendahului 2-0 dalam separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam tadi hanya untuk dikecewakan dengan dua gol pelawat selepas rehat.

Figueroa berkata, pemainnya te­lah bermain dengan sebaik mungkin untuk meraih banyak gol bagi memastikan mereka dapat beraksi sekali lagi di pentas final, namun nasib tidak menye­belahi skuad Harimau Selatan.

“Maafkan kami.

“Saya ucapkan banyak te­rima kasih kepada bos kami (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) kerana banyak memberi soko­ngan. Kami juga ucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong kerana tidak putus-putus beri sokongan terhadap JDT.

“Kami minta maaf, kami sudah bermain dengan baik namun nasib tidak menyebelahi kami,” katanya selepas tamat perlawanan.

Beraksi di hadapan lebih 20,000 penonton, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Fernando Andres pada minit ke-40 dan sepakan kencang Gonzalo Gabriel pada minit ke-61.

Namun TFC bangkit selepas itu dengan ketua pasukannya Tchetche Brice mele­dakkan dua gol pada minit ke-68 dan 90.

Figueroa berkata, selepas kecewa dalam usaha mempertahanan Piala Malaysia, tumpuannya kini akan dialihkan kepada latihan untuk menghadapi kempen tahun hadapan termasuk kejohanan Liga Juara-juara Asia (ACL) 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN