FGV lantik Pengerusi sebagai CEO Interim - Utusan Malaysia

FGV lantik Pengerusi sebagai CEO Interim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Okt. – FGV Holdings Bhd. melantik Pengerusinya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim syarikat berkenaan.

Jawatan itu kosong sejak Datuk Zakaria Arshad meletak jawatan sebagai Presiden dan CEO Kumpulan FGV pada 18 September lalu, enam hari selepas digantung tugas.

Menurut FGV, pelantikan itu adalah berasaskan interim yang telah dipersetujui oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).

“Jawatankuasa Lembaga Khas 2 yang mengambil alih tanggungjawab melaksanakan tanggungjawab presiden/CEO kumpulan sejak 18 September lalu dengan ini dibubarkan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Awal Oktober lalu, FGV dilaporkan sedang mengenal pasti seramai 11 orang calon bagi mengisi jawatan CEO FGV.

Daripada jumlah itu dua calon adalah daripada FGV sendiri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN