HUJUNG minggu remaja berusia 14 tahun itu sering dihabiskan dengan berkunjung ke pusat beli-belah bersama ahli keluarganya. Pusat beli-belah yang menjadi pilihan Haziq Ali Hisham adalah Galeri Publika, Dutamas, Kuala Lumpur kerana ia terletak berdekatan rumahnya di Jalan Duta. Destinasi wajib pelajar tingkatan dua itu ketika berkunjung ke pusat beli-belah tersebut ialah kedai buku MPH yang terletak di aras dua. Bagaimanapun, kunjungan Haziq Ali ke Galeri Publika baru-baru ini ternyata…









