Federer lepasi halang Krajinovic di Basel - Utusan Malaysia

Federer lepasi halang Krajinovic di Basel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BASEL 24 Okt. – Pilihan utama, Roger Federer mempamerkan aksi sedikit berkarat dalam perlawanan pertamanya pada kejohanan tenis Swiss Indoor, hari ini, tetapi dia masih mampu menundukkan pemain bukan pilihan dari Serbia, Filip Krajinovic 6-2, 4-6, 6-4 untuk layak ke peringkat 16 terbaik di Basel.

Beraksi di depan penyokong sendiri, Federer bergelut untuk mendapatkan kualiti permainan sebenarnya, setelah melakukan 38 kesilapan sendiri, dan pemain No. 3 dunia itu mengambil masa selama dua jam sebelum menyingkirkan pencabarnya itu.

Lawan berikut yang menanti pemenang lapan kali Swiss Indoor itu ialah wakil Jerman, Jan-Lennard Struff yang mengalahkan John Millman dari Australia, 7-6(3), 6-2.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pilihan ketujuh, Daniil Medvedev dari Rusia yang kini berada pada prestasi terbaik turut menjejakkan kaki ke peringkat 16 terbaik setelah menewaskan Maximilian Marterer 6-3, 7-5.

Medvedev, yang menjuarai Terbuka Jepun, bulan ini, selepas memulakan saingan daripada peringkat kelayakan, akan berdepan pencabar dari Itali, Andreas Seppi dalam aksi berikut.

Seppi menumpaskan pemain Jepun yang beraksi di pusingan kelayakan, Taro Daniel 6-0, 6-4.

Pemain remaja Australia, Alexei Popyrin pula mencatat kemenangan sulung dalam undian utama pada Jelajah ATP selepas pemain yang beraksi di pusingan kelayakan itu mengetepikan rakan senegaranya, Matthew Ebden 7-6(4), 6-4.

Laluan getir menanti Popyrin dalam pusingan berikut, apabila dia dijangka menghitung pertemuan dengan pilihan kedua, Alexander Zverev jika bintang muda Jerman itu berjaya menewaskan pemain Belanda, Robin Haase, esok. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini