“Dalam tempoh hampir setahun kami tinggal sebumbung, tak dinafikan masing-masing masih lagi berada pada fasa mengenali antara satu sama lain. “Komunikasi menjadi jambatan yang mengeratkan lagi hubungan kami sebagai suami isteri dan setiap hari ada sahaja fiil baharu yang dikenal pasti,” ujar Fattah Amin berkongsi kisah rumah tangganya kepada Mega HITS ketika ditemui baru-baru ini. Aktor tampan itu mengakui, dia merupakan lelaki yang bertuah kerana bertemu jodoh dengan aktres jelita…









