Fasa kedua pemilihan PKR di Selangor hari ini - Utusan Malaysia

Fasa kedua pemilihan PKR di Selangor hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 21 Okt. – Fasa kedua proses pemilihan PKR peringkat Selangor membabitkan lebih 83,000 anggota parti di tujuh daripada 22 cabang di negeri itu yang disahkan layak mengundi, berlangsung hari ini bagi memilih kepimpinan di peringkat cabang dan pusat.

Tujuh cabang berkenaan ialah Puchong, Gombak, Petaling Jaya (PJ) Utara, PJ Selatan, Kuala Langat, Klang dan Selayang. Puchong mempunyai 17,149 anggota, Gombak (9921), PJ Utara (6,136), PJ Selatan (7,609), Kuala Langat (14,121), Klang (12,998) dan Selayang (15,104).

Proses pengundian menggunakan kaedah e-undi itu dijangka bermula pada 9 pagi dan berakhir 5 petang.

Baki enam cabang lagi akan menjalankan pengundian pada 28 Okt ini melibatkan Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.

Fasa pertama proses pemilihan di Selangor membabitkan sembilan cabang pada 14 Okt lepas, menyaksikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya, Mohd Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN