Fairview-Limerick memetarai MoU - Utusan Malaysia

Fairview-Limerick memetarai MoU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Kolej Universiti Fairview baru-baru ini, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Fakulti Pendidikan dan Sains Kesihatan, Universiti Limerick, Ireland bagi membolehkan graduan kolej itu mengikuti program Sarjana Muda di universiti berkenaan.

Majlis menandatangani MoU itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Ireland, Richard Burton manakala Fairview di wakili pengerusinya, Daniel Chian.

“Kerjasama ini membolehkan pelajar di Fairview melanjutkan pengajian mereka dalam bidang Sarjana Muda di Universiti Limerick.

“Kedua-dua pihak juga turut bersetuju untuk bekerjasama dalam melahirkan graduan yang lebih berdaya saing pada masa kini,” kata Daniel dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Turut hadir di majlis itu adalah Duta Besar Ireland, Eamonn dan Naib Canselor Universiti Limerick, Profesor Kerstin Mey.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN