Facebook gantung akaun aktivis - Utusan Malaysia

Facebook gantung akaun aktivis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim serta aktivis sosial, Mujahidin Zulkiffli digantung sementara daripada Facebook kerana mendedahkan maklumat peribadi berkaitan saman tertunggak Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Siti Kasim yang juga merupakan seorang aktivis membe­ritahu, akaun laman sosialnya itu telah digantung selama 30 hari atas kesalahan itu, namun dia mendedahkan bahawa maklumat peribadi berkaitan bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah berada di internet.

“Saya tak faham kenapa Facebook banned saya dan Mujahidin. Akaun miliknya digantung 24 jam manakala saya selama 30 hari kerana dikatakan me­langgar polisi Facebook.

“Saya juga tidak dibenarkan memuat naik status di Facebook bermula Sabtu lalu dan beranggapan ia berlaku disebabkan laporan yang dibuat orang ramai,” katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN