LOS ANGELES, California – Pendedahan mengejutkan oleh Facebook bahawa laman sosial berkenaan menjadi sasaran serangan siber besar-besaran pada Jumaat lalu yang menyaksikan penggodam menceroboh dan mendapat akses penuh terhadap sekurang-kurangnya 50 juta profil pengguna dan aplikasi pautan mendorong pihak berkuasa Kesatuan Eropah (EU) mengancam untuk mengenakan denda mencecah AS$1.63 bilion (RM6.75 bilion), demikian menurut akhbar Wall Street Journal. Pepijat berkenaan mengeksploitasi kelemahan pada ciri ‘View As’ dan pemuat naik video…










