SEREMBAN 29 Okt. – Kerajaan negeri berjanji akan menyelesaikan masalah rumah retak yang menimbulkan kebimbangan penduduk di Taman Bukti, Ampangan di sini secepat mungkin.
Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata, pihaknya akan mengadakan lawatan susulan ke kawasan perumahan tersebut dalam tempoh terdekat dan melihat bagaimana cara boleh membantu mereka.
“Kita sedia maklum kebimbangan yang dialami oleh penduduk dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak situasi lebih teruk berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kebimbangan kira-kira 10 penduduk di taman itu terpaksa mendiami rumah yang retak teruk sejak setahun lalu.
Bagaimanapun Kok Seong berkata, jika didapati keperluan membabitkan peruntukan, pihaknya memerlukan masa untuk menyelesaikannya.










