Exco dakwa kerja pembinaan telah dihentikan sejak seminggu - Utusan Malaysia

Exco dakwa kerja pembinaan telah dihentikan sejak seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 19 Okt. – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya ,Utiliti dan Tebatan Banjir negeri, Zairil Khir Johari mendakwa pihaknya telah mengarahkan kerja – kerja pembinaan di Jalan Bukit Kukus,Paya Terubong di sini dihentikan sejak seminggu lalu.

Zairil berkata, arahan itu dikeluarkan selepas berlaku kejadian enam rusuk tiang pembinaan terjatuh ke dalam gaung.

Katanya, arahan henti kerja itu dikeluarkan bagi membolehkan pihak berkuasa termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk jalankan siasatan.

“Sudah pasti akan ada siasatan terperinci dan kita perlu tahu mengapa masih ada pekerja di tapak pembinaan,” katanya kepada Utusan Online ketika ditemui di tempat kejadian, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN