Everton hukum Palace gagal sempurna penalti - Utusan Malaysia

Everton hukum Palace gagal sempurna penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 22 Okt. – Penjaga gol Everton, Jordan Pickford menyelamatkan sepakan penalti sebelum pemain gantian, Dominic Calvert-Lewin dan Cenk Tosun menjaringkan gol pada minit terakhir permainan yang berkesudahan kelab Merseysiders itu melakar kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace di laman sendiri, semalam.

Kemenangan ketiga berturut-turut yang dicatat Everton dalam Liga Perdana Inggeris itu melonjakkan mereka ke kedudukan kelapan, tetapi kekalahan yang menimpa Palace pula menyaksikan mereka hanya dua mata daripada kelompok tiga pasukan tercorot.

The Eagles, yang dikendalikan oleh bekas bos England, Roy Hodgson, mempunyai peluang terbaik untuk memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-60 apabila Wilfried Zaha dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Seamus Coleman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Luka Milivojevic yang mengambil sepakan penalti tersebut, bagaimanapun, gagal menyempurnakan tanggungjawab itu setelah rembatannya berjaya diselamatkan Pickford.

“Saya cuma lihat dia berlari dan biasanya dia akan menyepak terus bola tersebut. Saya kemudian melonjakkan kaki kanan saya dan ternyata berjaya menyelamatkan penalti tersebut,” kata Pickford kepada Sky Sports. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini