ISTANBUL 21 Okt. – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan beliau akan membuat kenyataan berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi dalam mesyuarat bersama dengan ahli parti AK di Parlimen, Selasa. “ Saya akan membuat kenyataan berkaitan berhubung perkara ini , esok ketika pertemuan bersama kumpulan parti, “ katanya dalam satu kenyataan di Istanbul selepas Arab Saudi buat pertama kalinya mengeluarkan kenyataan Jamal dibunuh di Konsulat di ibu negara tersebut.- REUTERS










