KEMAMAN 23 Okt. – Enam unit gerai makan di Jalan Sulaimani milik Majlis Perbandaran Kemaman di bandar Cukai di sini musnah dalam kebakaran pagi ini. Kebakaran kira-kira pukul 8.30 pagi itu dipercayai tercetus daripada api dapur salah sebuah gerai yang beroperasi ketika itu sebelum menyambar ke deretan gerai lain yang belum dibuka. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cukai, Penolong Penguasa Mohd Zailani Abdullah memberitahu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan setelah peniaga…










