Enam lorong di Plaza Tol Loke Yew ditutup sementara malam esok - Utusan Malaysia

Enam lorong di Plaza Tol Loke Yew ditutup sementara malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam lorong di Plaza Tol Loke Yew dari arah Jalan Istana menghala ke Ampang ditutup sementara waktu esok (25 Oktober), mulai pukul 9 malam sehingga 11 malam bagi memberi laluan kepada latihan bencana. Besraya (M) Sdn. Bhd. (BESRAYA) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan lorong itu membabitkan lorong Smart Tag dan Touch ‘n Go, manakala hanya tiga lorong pelbagai kelas akan dibuka kepada pengguna lebuh raya. Pengguna dinasihatkan agar mematuhi arahan papan tanda keselamatan dan peronda lebuh raya di lokasi latihan, demikian menurut kenyataan itu. – Bernama

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN