Enam jam berkurung di bilik air - Utusan Malaysia

Enam jam berkurung di bilik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR – Remaja perempuan yang meninggal dunia bersama bayi lelakinya di dalam bilik air di Taman Kerian Permai, Parit Buntar petang kelmarin telah berkurung selama lebih enam jam sebelum perbuatan melahirkan anak itu diketahui ibunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, remaja berusia 18 tahun tersebut memberitahu ibunya dia mahu menggunakan bilik air di dalam bilik utama pada pukul 8.30 pagi selepas mengadu sakit perut.

“Curiga dengan perbuatan remaja tersebut yang berada di dalam bilik air lebih 30 minit, ibunya mula memang­gil remaja berkenaan.

“Bagaimanapun, remaja ter­sebut menjawab dia me­ngalami sembelit sebelum ibunya memanggil sekali lagi pada pukul 10 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! ­semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN