TAPAH 31 Okt. – Gara-gara menghalang tugas polis dengan mengganggu perjalanan konvoi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Khamis lalu, seorang ejen insurans didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Tertuduh Leong Kean Beun, 32, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan. Leong yang memandu kereta jenis Lexus didakwa mengganggu perjalanan konvoi Tuanku Zara dengan memperlahankan kenderaannya beberapa kali di hadapan konvoi…










