KUALA LUMPUR 23 Okt. – Efkon Asia Sdn. Bhd. melancarkan peranti sistem kutipan tol inframerah baharu, E-Tag yang boleh digunakan oleh pengguna di lorong Smart Tag di lebuh raya.
Pengarah Efkon Asia, Helmuth Blasch berkata, peranti tersebut dilengkapi dengan mikroprosesan baharu dan paparan yang dipertingkat untuk prestasi yang lebih baik.
“Peranti inframerah ini menawarkan transaksi yang selamat dan cekap khusus untuk para pengguna lebuh raya bagi menggantikan Smart Tag yang sudah berhenti dijual.
“Ia juga mudah untuk dipindahkan bagi kegunaan kenderaan lain dan tidak memerlukan pemasangan khusus” katanya ketika menyampaikan taklimat di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










