Econsave lancarkan Tabung Sulawesi - Utusan Malaysia

Econsave lancarkan Tabung Sulawesi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Okt. – Bagi membantu menyediakan keperluan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah, Indonesia hujung bulan lalu, Pasaraya Econsave kini melancarkan Tabung Sulawesi dan Palu di semua 70 cawangannya di seluruh negara.

MAS IMRAN ADAM
MAS IMRAN ADAM 

Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam berkata, sumbangan yang diberikan boleh dalam bentuk wang tunai serta barangan keperluan.

“Kita menyasarkan dapat mengumpulkan wang tunai sebanyak RM300,000 dan berharap sumbangan itu kita dapat sampaikan pada pertengahan bulan depan bagi membantu mangsa bencana alam berkenaan yang amat memerlukan,” katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Selain makanan, pihaknya berharap dapat memberikan barangan keperluan wanita serta membina perigi bagi kegunaan mangsa bencana tersebut.

“Baru-baru ini, Econsave bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), iaitu MyCare dan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh turut mengadakan misi kemanusiaan ke Lombok, Indonesia yang terjejas akibat gempa bumi di sana.

“Di sana Econsave memberikan sumbangan sebanyak RM50,000 bagi membina 20 Rumah Senyum dan menyampaikan barangan makanan kepada mangsa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN