Dzeko jadi inspirasi kemenangan Bosnia ke atas Ireland Utara - Utusan Malaysia

Dzeko jadi inspirasi kemenangan Bosnia ke atas Ireland Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARAJEVO 16 Okt. – Edin Dzeko meneruskan permulaan sempurna Bosnia dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah selepas penyerang Roma itu menjadi inspirasi kepada kemenangan 2-0 ke atas Ireland Utara, hari ini.

Dzeko mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Ireland Utara setelah mempamerkan persembahan cemerlang di Sarajevo.

Pemain berusia 32 tahun itu meledakkan gol pertama pasukannya sewaktu babak pertama dan kemudiannya menyumbat satu lagi gol bagi melengkapkan kemenangan Bosnia pada minit ke-73.

Bosnia kini berada di kedudukan teratas kumpulan yang turut dianggotai Austria, setelah mengumpul mata maksimum daripada tiga perlawanan.

Ireland Utara, turut tewas kepada Bosnia di Belfast bulan lalu, dan masih gagal menjaringkan sebarang gol dalam enam perlawanan di tempat lawan. Mereka kini menghuni kedudukan tercorot selepas ditimpa tiga kekalahan berurut-turut.

“Pemain muda telah membuat kesilapan di bahagian padang yang salah dan sebab itu Dzeko mudah menghukum anda. Ini merupakan satu proses pembelajaran yang sangat mencabar buat kami,” kata pengurus Ireland Utama, Michael O’Neill. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN