Dua sahabat lemas ketika memukat ikan - Utusan Malaysia

Dua sahabat lemas ketika memukat ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN – Aktiviti dua sahabat memukat ikan bertukar tragedi selepas mereka ditemui lemas di ladang kelapa sawit dekat Kampung Baru Pertanian, Pekan Tajau di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa Mohd. Ali Awang, 36, dan Abdullah Abdul Ghani, 19, yang merupakan penduduk tempatan dipercayai lemas akibat terjatuh ke dalam kolam yang tenggelam di kawasan ladang kelapa sawit dinaiki air.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian pada pukul 8.50 pagi dan segera menggerakkan pasukan penyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi mendapati kawasan ladang kelapa sawit itu dilimpahi air dari Sungai Jempol berhampiran.

“Mangsa dipercayai termasuk ke dalam kolam yang terdapat di ladang berkenaan ketika memukat ikan. Kedua-dua mangsa ditemui pada pukul 12.45 tengah hari dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN