MARAN 20 Okt. – Dua sahabat yang dipercayai memukat ikan di dalam ladang kelapa sawit di Kampung Baru Pertanian di sini ditemukan lemas di limpahan air di kawasan ladang berkenaan hari ini. Kedua-dua mangsa, Abdullah Abdul Ghani,19 dan Ali Awang, 30, dipercayai terjatuh ke dalam sebuah kolam semasa memukat di kawasan limpahan air berkenaan. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Sani Harul berkata, mangsa ditemukan pada pukul 12.45 tengah hari oleh pasukan bomba yang melakukan operasi pencarian. “Pada masa ini kedua-dua mayat telah dibawa keluar dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya