MELAKA 1 Okt. – Dua sahabat mengaku tidak bersalah dalam dua prosiding berlainan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan melibatkan rompakan berkumpulan ke atas pasangan suami isteri warga emas di Kampung Pernu, bulan lalu. Tertuduh, Bakhtiar Jamil, 47, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Norma Ismail, manakala rakannya Ahmad Mee, 48, turut membuat pengakuan sama di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan, sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa…









