KUANTAN 23 Okt. – Dua anggota polis yang mengiringi kenderaan membawa kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 maut selepas Unit Kereta Peronda (MPV) dinaiki terbabas lalu terperosok ke bawah besi penghadang di Kilometer 183.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan di sini hari ini. Kejadian pada pukul 3.20 petang itu mengorbankan Sarjan Mejar Roslan Maon, 50, dan Konstabel Watson Edin, 23. Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abdul Rahman…










