Dua mayat kejadian tanah runtuh ditemui bertindan - Utusan Malaysia

Dua mayat kejadian tanah runtuh ditemui bertindan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Dua mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong di sini ditemukan dalam keadaan bertindan antara satu sama lain di bawah timbunan tanah.

Mayat dua pekerja asing yang juga rakan sekampung dari Bangladesh itu disahkan sebagai Mithu Hossain, 30, dan Mustak Hossain, 25. 

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata, mayat Mithu ditemukan pada pukul 12.13 tengah hari sebelum menemui mayat Mustak lima minit kemudian.

“Kedua-dua mayat itu ditemui di kawasan sektor kedua. Mayat ditemukan bertindan di bawah timbunan tanah runtuh sedalam empat meter. Identiti mangsa disahkan rakan mereka di lokasi kejadian.

“Mayat mereka ditemukan dalam keadaan sempurna. Mangsa dipercayai telah keluar dari kontena dan cuba menyelamatkan diri namun tidak sempat sebelum tertimbus dalam tanah runtuh,” katanya di tempat kejadian di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN