GERIK – Dua individu meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan selepas menikmati hidangan laksa dari sebuah gerai di Kupang, Baling, Kedah pada Sabtu lalu dan kelmarin.
Mangsa, Abdul Rahim Abdul Manan, 28, dari Kampung Gerik di sini meninggal dunia pukul 8.15 malam, Sabtu lalu manakala seorang lagi, Raseah Ali Musa,70, maut pukul 9 malam kelmarin.
Bapa Abdul Rahim, Abdul Manan Abdul Hamid, 58, mendakwa, dia membeli tiga bungkus laksa dari sebuah kedai dan dijamah lima ahli keluarganya pada Jumaat lalu
Dakwanya lagi, selepas menikmati hidangan itu, empat ahli keluarganya termasuk dirinya mengalami simptom keracunan makanan iaitu cirit-birit.
“Kami sekeluarga pergi ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan namun kesihatan kami semakin teruk menyebabkan tiga ahli keluarga termasuk mangsa telah dimasukkan ke hospital.
“Keadaan anak lelaki saya itu semakin serius sebelum disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya ketika ditemui pemberita ketika sedang menerima rawatan di Hospital Gerik di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











