ALOR SETAR – Sebanyak 19 kes keracunan makanan dengan dua kematian dilaporkan berlaku di negeri ini dan Perak yang disyaki berpunca daripada laksa dijual di sebuah gerai di Kupang, Baling dekat sini. Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, kes yang dilaporkan adalah sembilan kes dengan dua kematian di Perak dan 10 kes di negeri ini. Beliau berkata, susulan maklumat yang tular di media sosial, Kementerian Kesihatan Malaysia …










