Dua lelaki warga asing maut diseret pikap - Utusan Malaysia

Dua lelaki warga asing maut diseret pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Dua lelaki warga asing maut selepas dirempuh dan diseret oleh sebuah pikap sejauh 20 meter di Kilometer 18, Jalan Gua Musang-Lojing di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa yang juga pembonceng motosikal jenis Honda C70 dikenali sebagai Master Sulaibeeb Abdulloh, 16, dan penunggang warga India yang masih belum dikenal pasti identiti maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah.

Manakala, pemandu pikap jenis Toyota Hilux yang merupakan seorang warga Pakistan, Tahir Zada, 32, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila seorang lelaki yang memandu pikap tersebut dari arah Kuala Betis ke Gua Musang gagal mengawal kenderaannya.

“Ketika tiba di lokasi kejadian penunggang motosikal hendak membelok ke kanan sebelum pikap yang datang dari arah belakang telah melanggar dan menyeret mangsa sejauh 20 meter.

“Pikap tersebut kemudian terbabas ke dalam longkang. Dua mangsa maut di tempat kejadian dan telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, siasatan ke atas pemandu pikap yang bekerja sebagai peniaga juga negatif dadah dan mendapati lesen memandunya sudah tamat tempoh sejak setahun lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN