SUNGAI BULOH – Dua buah kenderaan terhumban ke dalam longkang setelah terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Megamas, Kampung baru di sini semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata kemalangan tersebut berlaku sekitar pukul 12.22 tengahari dan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mazda dan sebuah Proton Saga. “Kemalangan dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda itu yang keluar dari simpang dan melanggar Proton Saga…










