Dua graduan cacat pendengaran, Mohd. Farhan Kamarzaman dan L. Mutharasapan berjaya membuktikan bahawa kekurangan pancaindera tidak menjadi halangan bagi mereka mencapai kejayaan untuk menggenggam segulung ijazah. Selepas mengharungi cabaran sebagai pelajar dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, kedua-dua pelajar tersebut berasa gembira apabila menerima ijazah yang disampaikan oleh Canselor Universiti Multimedia (MMU), Tun Zaki Tun Azmi pada Majlis Konvokesyen MMU Ke-19 di Dewan Tun Canselor, Cyberjaya, Selangor baru-baru ini. Mohd. Farhan, 28, yang berasal dari Kuala Lumpur berkata, salah satu cabaran tersebut ialah menghadiri kelas tanpa penterjemah bahasa isyarat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya