KUALA LUMPUR 2 Okt. – Polis menahan dua lelaki dan merampas sebanyak 3,700 kotak rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM18,500 di Jalan USJ1, Subang Jaya, dekat sini semalam. Penahanan pada pukul 1 tengah hari itu dibuat oleh dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang membuat rondaan di kawasan tersebut. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, anggota yang membuat pemeriksaan lanjut menemukan tujuh kotak besar mengandungi…










