DUA orang atlet masing-masing lelaki dan wanita dari negeri Pantai Timur disahkan positif bahan terlarang sewaktu beraksi pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Ipoh, Perak yang berakhir 22 September lalu. Perkara tersebut disahkan oleh Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat dan pihaknya telah menghantar surat memohon penjelasan secara bertulis kepada atlet terlibat pada awal minggu ini. Difahamkan, kedua-duanya dikesan positif bahan terlarang jenis methylhexanamine. Bagaimanapun, status lebih…










