Dr. Mahathir perlu pikul amanah rakyat - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir perlu pikul amanah rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG
Mohon Tun Dr. Mahathir Mohamad kekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri sekurang-kurangnya selama dua tahun lagi atau sebaik-baiknya hingga Pilihan Raya Umum Ke-15. Ini adalah harapan seluruh rakyat Malaysia yang begitu mengharapkan dan juga sanggup berkorban apa sahaja demi mengembalikan kegemilangan dan kemakmuran negara yang tercinta ini.

Walaupun rakyat Malaysia berbeza kaum, etnik dan agama, namun tetap bersatu hati di belakang Dr. Mahathir.

Oleh itu, Dr. Mahathir juga jangan hampakan rakyat setelah diberikan mandat dan kuasa yang diamanahkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Maka hendaklah amanah itu ditunaikan.Buatlah apa sahaja demi rakyat dan negara.

Rakyat benar-benar mengharapkan Dr. Mahathir dapat selesaikan masalah rasuah dan penyelewengan serta salah guna kuasa. Namun, semua yang terbabit hendaklah diberikan keadilan sewajarnya.

Rakyat Malaysia tidak ambil pusing atau berganjak dalam apa juga situasi melibatkan dakyah dan tohmahan tidak benar yang dilemparkan terhadap beliau.

Ini kerana rakyat sudah matang dan boleh berfikir dengan rasional dan dapat membezakan yang mana satu kaca dan mana satu intan dengan sekali imbas sahaja akan baik buruknya.

Kepada mana-mana parti politik, janganlah membazirkan masa dan tenaga untuk tindakan yang sia-sia.

Ini kerana setiap kali Pilihan Raya Kecil (PRK), majoriti rakyat tidak berganjak menyokong parti Pakatan Harapan tanpa was-was dan tidak akan berundur walaupun setapak ke belakang.

Rakyat dilihat mahukan Dr. Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri selagi beliau sanggup dan mahu, melainkan kalau sudah terpaksa kerana masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

Rakyat juga sentiasa berdoa agar Dr. Mahathir dalam keadaan sihat.

Bukti rakyat sayangkan Dr. Mahathir apabila ke mana sahaja beliau berada, ramai yang tetap hadir walaupun dalam keadaan hujan atau pun panas. Itulah janji rakyat.

Rakyat amanahkan kepada Dr. Mahathir untuk mencorakkan dan anggaplah rakyat ini sebagai kain putih maka corakkanlah apa sahaja kerana rakyat reda dan yakin terhadap kewibawaan Dr. Mahathir.

Sehubungan itu, Dr. Ma­hathir diminta terus membimbing rakyat negara ini.

Mungkin apa yang berlaku ini adalah anugerah Allah SWT untuk selamatkan rakyat dan negara yang tercinta ini.

Rakyat telah berikan kuasa kepada Dr. Mahathir serta restui tindakan demi kepentingan ramai.

SYED ABDULLAH
 SYED OSMAN

Ampangan Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini