Dr. Mahathir ke Singapura: dijangka bincang isu perjanjian air - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir ke Singapura: dijangka bincang isu perjanjian air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Lawatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Singapura pada 12 November ini, antara lain dijangka membincangkan mengenai isu perjanjian air dengan negara republik itu.

DATUK MARZUKI YAHYA
DATUK MARZUKI YAHYA 

Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berkata, kerajaan akan terus mengadakan perbincangan dengan Singapura untuk mengkaji semula harga air yang dibekalkan kepada negara tersebut.

“Perdana Menteri akan ke Singapura dan mungkin antara isu yang akan dibincangkan adalah mengenai kedudukan harga air kepada negara tersebut. Kita akan terus beri komitmen berhubung isu ini.

“Saya juga yakin dengan kerjasama semua ahli Parlimen akan memberi kekuatan dalam usaha mengembalikan semula harga yang sepatutnya kepada Malaysia,” katanya katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin mengetahui mengenai titik noktah ditetapkan bagi perbincangan semula harga air yang dibekalkan kepada Singapura. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN