Dovizioso puji kehebatan Marquez - Utusan Malaysia

Dovizioso puji kehebatan Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso memuji kehebatan pelumba Repsol Honda, Marc Marquez selepas dinobatkan juara dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Jepun kelmarin.

Meskipun terjatuh berbaki dua pusingan terakhir di Jepun, Dovizioso mengakui pasukannya telah memberikan yang terbaik, namun untuk mengejar perbezaan 100 mata sudah agak terlewat baginya.

Secara keseluruhan pelumba Itali itu sangat berpuas hati dengan usaha dan kerja keras pasukannya menyediakan jentera terbaik sekali gus mampu memberi tentangan pada perebutan gelaran dunia musim ini.

“Saya cuba untuk memenangi perlumbaan ini tetapi saya telah melakukan kesilapan kecil hingga menyebabkan saya terjatuh ketika perlumbaan hanya berbaki dua pusingan untuk tamat.

“Ketika itu saya nampak peluang untuk memintas semula Marquez dan cuba untuk mengambil selekoh pada bahagian luar kerana jentera ketika sangat laju untuk kembali memecut.

“Saya terlalu memberi tekanan kepada tayar hadapan hingga tergelincir dan memberi peluang kepada Marquez untuk muncul juara.

“Saya akui Marquez melakukan sesuatu yang istimewa kerana dia menunggu untuk memintas saya ketika perlumbaan berbaki tujuh pusingan sebelum tamat. Jadi, saya hanya mampu mengucapkan tahniah kepadanya kerana menjuarai perlumbaan ini,” kata Dovizioso.

Marquez muncul juara MotoGP lebih awal selepas mengumpul 296 mata keseluruhan dan meninggalkan Dovizioso dengan perbezaan 102 mata.

Lebih manis ia adalah gela­ran dunia kelima buat Marquez dalam kategori utama selepas meraihnya pada tahun 2013, 2014, 2016 dan 2017 sebelum ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN