Dovizioso beri tekanan kepada Marquez - Utusan Malaysia

Dovizioso beri tekanan kepada Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOTEGI 20 Okt. – Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso me­ningkatkan tekanan Marc Marquez untuk memburu kejuaraan ­MotoGP dunia lebih awal apabila menyam­bar petak utama Grand Prix Motosikal Jepun, hari ini.

Penunggang Itali itu yang turun sebagai juara bertahan di Jepun menca­tat masa terpantas satu minit, 44.590 saat, sekali gus menjanjikan persaingan sengit dengan Marquez dalam perlumbaan esok.

Marquez, 25, akan dinobat sebagai juara dunia jika menjuarai Grand Prix Jepun.

Begitupun, hari ini, penunggang Honda dari Sepanyol itu menamatkan sesi kelayakan di tangga keenam.

Ketika saingan berbaki empat perlumbaan untuk ditamatkan (termasuk Grand Prix Jepun), Marquez menerajui kedudukan dunia dengan 271 mata, diikuti Dovizioso (194), Valentino Rossi (Yamaha, 172) dan Maverick Vinales (Yamaha, 146).

Jack Miller yang menunggang Ducati pada mulanya muncul pelumba terpantas ketika sesi kelayakan semakin hampir di penghujung, namun Dovizioso berjaya memintas pada saat akhir bersama Johann Zarco dari Yamaha menyebabkan dia jatuh ke tangga ketiga.

“Kami berjaya melaksanakan tugas seperti diharapkan. Kami memperbaiki catatan pada te­ngah hari dan melakar masa sepusingan yang bagus.

“Marc juga mempunyai kelajuan yang baik untuk perlumbaan ini dan dia berada di grid yang selesa, jadi pertarungan dijangka sengit,” kata Dovizioso.

Cal Crutchlow (Honda), Andrea Iannone (Suzuki) dan Marquez (Honda) akan memulakan perlumbaan esok di barisan kedua manakala Vinales, Alex Rins (Suzuki) serta Rossi di belakang mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN