Melalui pengalaman pahit apabila putus tunang Februari lalu tidak menghalang pelakon Elfira Loy untuk terus mengejar bahagia. Berbekalkan keikhlasan hati dalam mencari kebahagiaan diri, gadis berusia 24 tahun berjaya menemuinya. Kini, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri sekali lagi bergelar tunangan orang. Meskipun tempoh perkenalan antara dia dan tunang, Muhammad Faris Khairol Anuar dikatakan singkat, namun Elfira positif dengan takdir dirinya. Menurut Elfira, pintu hatinya mudah terbuka menerima Faris kerana yakin…










