Ditawar janji palsu burukkan BN - Utusan Malaysia

Ditawar janji palsu burukkan BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jelas kini para pemandu teksi ditawarkan dengan janji-janji palsu oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

NAJIB TUN RAZAK

“Seperti yang saya nyatakan minggu lepas, janji palsu tersebar dalam kalangan pemandu teksi sebelum PRU-14 bahawa PH akan haramkan Uber dan Grab apabila mereka berkuasa adalah antara punca utama pemandu-pemandu teksi menolak dan memburukkan kerajaan BN (Barisan Nasional) yang pernah banyak menolong mereka.

“Selain janji palsu, turut tersebar kononnya isteri saya adalah pemilik Grab menambah kebencian mereka. Kebenaran akhirnya muncul pagi ini,” katanya dalam Facebook, hari ini.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada insiden kekecohan yang terjadi dalam perjumpaan antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan pemandu teksi di Pulau Langkawi, pagi ini.

Majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama persatuan pemandu teksi di Pulau Langkawi hari ini kecoh seketika apabila beberapa ahli persatuan bertindak biadab keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan Grab.

Sekitar 10 orang pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas Perdana Menteri memaklumkan akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ber­kenaan demi manfaat semua pihak.

Kekecohan itu hanya berlaku sekitar dua minit dan selepas keadaan reda, Dr. Mahathir berkata, beliau sebagai Perdana Menteri hanya cuba untuk membantu golongan pemandu teksi memulihkan kembali pendapatan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN