Disangka burung, rakan ditembak mati - Utusan Malaysia

Disangka burung, rakan ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAPIT 23 Okt. – Seorang lelaki tertembak sahabat baiknya sendiri yang disangkakan seekor burung ketika pergi memburu di kawasan Lubuk Nabau, Sungai Sut, Balleh di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Edwin Gading, 26, meninggal dunia di tempat kejadian berikutan tembakan yang tepat mengenai kepalanya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Freedy Bian berkata, mangsa bersama rakannya yang berusia 30 tahun sebelum itu telah berpecah dan kembali semula ke sungai untuk pulang ke rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek terpandang satu objek melintas dihadapannya yang disangkakan seekor burung lalu melepaskan tembakan ke arah objek berkenaan.

“Bagaimanapun, dia terkejut selepas mendengar jeritan rakannya yang kemudian didapati sudah terbaring berlumuran darah akibat terkena tembakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek yang ketakutan segera pulang ke rumah dan memberitahu bapanya berhubung kejadian itu.

“Suspek dan bapanya kembali semula ke hutan untuk mengambil mangsa dan dibawa ke Hospital Kapit sebelum membuat laporan polis,” ujarnya.

Menurutnya, suspek ditahan sementara waktu dan polis merampas selaras senapang patah berserta satu kelongsong peluru untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana cuai hingga menyebabkan kematian,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini