SEAKAN-AKAN berada dalam set permainan di alam maya, integrasi antara cahaya lampu sorot rona neon seperti oren, hijau dan kuning membuatkan slot jenama kasual terkenal, Balenciaga pada Minggu Fesyen Paris cukup gemilang. Berlangsung pada 1 Oktober lalu, reputasi Balenciaga sebagai label kegilaan ramai terutamanya generasi muda kelihatan cukup gah seiring dengan set pentas berkonsepkan digital. Memperkenalkan koleksi musim bunga/panas mereka untuk tahun 2019, jenama yang berasal dari Sepanyol itu tampil…










