Dier selamatkan Tottenham - Utusan Malaysia

Dier selamatkan Tottenham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 7 Okt. – Jaringan tonggak pertahanan, Eric Dier seawal minit kelapan sudah memadai untuk membantu Tottenham mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan 10 pemain Cardiff City 1-0 di Stadium Wembley, hari ini.

Cardiff yang cuba memberi tentangan kepada kelab London itu bagaimanapun tidak bernasib baik selepas pemain tengah mereka, Joe Ralls dilayangkan kad merah pada minit ke-58 kerana melakukan kekasaran terhadap Lucas Moura.

Kemenangan keenam daripada lapan perlawanan musim ini membolehkan Spurs melonjak ke tangga ketiga liga dengan 18 mata, satu mata di belakang Manchester City dan Liverpool yang akan berentap sesama sendiri esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pendatang baharu Liga Perdana, Cardiff yang masih gagal mencatat sebarang kemenangan musim ini kekal di tangga tercorot dengan dua mata.

Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam ini. – AGENSI

BURNLEY 1 HUDDERSFIELD 1

C. PALACE 0 WOLVERHAMPTON 1

LEICESTER 1 EVERTON 2

TOTTENHAM 1 CARDIFF 0

WATFORD 0 BOURNEMOUTH 4

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini