TERIMA kasih diucapkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana telah membaiki pintu pagar yang rosak di laluan masuk ke Taman Tasik Shah Alam di Seksyen 14 Shah Alam, Selangor dalam masa 24 jam.
Sudah tentunya pengunjung merasa selesa dengan aset yang telah dibaik pulih ini. Pintu pagar yang rosak ini telah dilaporkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 16 Oktober lalu.
Sesungguhnya, siaran di dalam akhbar begitu efektif sekali. Terima kasih juga kepada akhbar Utusan Malaysia atas penyiaran aduan tersebut.
KAMARUDDIN HASSAN
Selangor










