Depani ancaman pengganas secara pelbagai - Utusan Malaysia

Depani ancaman pengganas secara pelbagai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini telah diberi kesempatan mewakili Malaysia untuk berucap dalam sesi plenari kedua Forum Xiangshan kelapan bertajuk Keganasan Global: Ancaman dan Pengawasan.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memberitahu, melalui forum yang telah dijalankan di Beijing International Convention Centre itu, Mohamad telah memperkatakan tentang beberapa aspek penting yang perlu diambil dalam berdepan situasi pengganas.

Kata kenyataan itu, Mohamad antara lain berharap dunia tidak menggunakan dasar atau pendekatan berbentuk kekerasan semata-mata dalam menghadapi masalah berkenaan.

Sebaliknya, ujar kenyataan berkenaan, masalah tersebut juga boleh diatasi dengan menggunakan pendekatan yang lebih lembut.

“Dunia tidak boleh mengalahkan keganasan melalui dasar kuasa keras, namun menggunakan pendekatan yang lebih lembut dalam bentuk tadbir urus yang baik, diplomasi praktikal dan penyertaan awam,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN