IPOH 5 Okt. – Bunyi dentuman kuat selama beberapa saat yang dirasai di sekitar bandar raya ini yang tular di media sosial pagi semalam bukan berpunca daripada aktiviti letupan kuari. Pengarah Jabatan Mineral dan Giosains Malaysia (JMG) negeri, Ahmad Zukni Ahmad Khalil berkata, sebaliknya bunyi dentuman pada kira-kira pukul 11.15 pagi tersebut yang turut dirasai di kawasan sekitar serta Batu Gajah dan Taiping itu masih misteri sehingga kini. Ahmad Zukni…










