Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) 2016-2020 dibentangkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat pada 18 Oktober lalu di tengah-tengah perang dagang antara Amerika Syarikat (AS) dengan China semakin sengit dan minggu sebelum pembentangan itu, pasaran saham global lintang-pukang. Peristiwa pertama akan memberikan kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dunia dan Malaysia tidak terkecuali, manakala peristiwa kedua membayangkan bahawa krisis ekonomi akan berlaku pada tahun-tahun mendatang. RMK-11 merupakan rancangan lima tahun terakhir untuk Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju dan negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Dalam tempoh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya