SEBELUM ini, Mira Filzah yang pernah digandingkan dengan Remy Ishak dalam naskhah Sangkar memegang watak sebagai adik kepada aktor tampan itu. Ketika itu, Mira berasa sangat selesa dan tidak kekok. Namun, untuk lakonan terbaharunya, Lelaki Kiriman Tuhan, perasaan itu berubah. Jiwa Mira seakan-akan kacau kerana harus berhadapan dengan Remy sebagai seorang kekasih pula. Hampir seminggu masa diambil oleh Mira untuk mengatasi perasaan berdebar. Katanya, debaran itu bukan kerana telah hatinya tertawan dengan pelakon itu, sebaliknya, Mira gusar dan bimbang tidak dapat memberikan lakonan yang setanding dengan pemegang watak Iqbal Raid…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya