De Bruyne sedia kembali beraksi - Utusan Malaysia

De Bruyne sedia kembali beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 20 Okt. – Kevin de Bruyne tidak sabar untuk kembali ke pangkuan pasukan selepas dia pulih daripada kecederaan menjelang perlawanan antara Manchester City menentang Burnley di laman sendiri, hari ini, kata bos City, Pep Guardiola.

Bintang antarabangsa Belgium itu hanya melakukan satu penampilan daripada bangku simpanan musim ini, selepas ditimpa kecederaan lutut sewaktu sesi latihan pada 15 Ogos lalu.

City pada awalnya bimbang De Bruyne terpaksa diketepikan sehingga penghujung November, tetapi pemain itu mempamerkan proses pemulihan yang lebih awal dan kembali berlatih sebelum perlawanan di Liverpool yang berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Guardiola memutuskan untuk tidak terlalu tergesa-gesa menggunakan khidmat pemain terbaik City itu pada musim lalu.

Bagaimanapun, dia mungkin hanya akan dibawa masuk daripada bangku simpanan sewaktu menentang Burnley dengan sasaran ialah berada dalam kesebelasan utama ketika kunjungan ke Tottenham dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada 29 Oktober ini.

“Saya tidak tahu jika dia boleh bermain selama 90 minit, tetapi sesi latihannya berjalan dengan lancar sejak dua minggu lalu tanpa kesakitan dan bersedia menjadi sebahagian daripada pasukan.

“Dia merupakan pemain penting untuk kami. Apabila seseorang pemain itu diketepikan, saya suka apabila mereka kembali dengan persembahan yang lebih mantap. Memang tidak diragui lagi, dia merupakan pemain penting untuk kami,” kata Guardiola. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN