KUALA LUMPUR 5 Okt. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencatatkan jumlah tunggakan hasil cukai utama sebanyak lebih RM500 juta sejak Ogos 2018. DBKL dalam satu kenyataan memberitahu, tunggakan tersebut terdiri daripada cukai taksiran iaitu sebanyak RM421 juta, sewa perumahan awam (RM63 juta), sewa gerai pasar (RM22 juta) dan sewa harta DBKL berjumlah RM19 juta. “Tunggakan hasil yang tinggi ini boleh menjejaskan perkhidmatan DBKL sekiranya tidak dijelaskan kerana sumber itu…










